ONLINE STORE

TAICHI | Hafizh Syahrin

SINCE 2009

SEBAGAI SEORANG RAKAN SELAMA 10 TAHUN

TAICHI dan Hafizh telah bekerjasama sebagai rakan perniagaan selama 10 tahun.
Baru-baru ini, Hafizh berpeluang untuk melawat Ibu Pejabat.

date October 15

WELCOME TO TAICHI

welcome to TAICHI
welcome to TAICHI
welcome to TAICHI
welcome to TAICHI
welcome to TAICHI
welcome to TAICHI
welcome to TAICHI

TAICHI and Hafizh

CROSS TALK

CROSS TALK01

Adakah ini pertama kali anda tiba di Osaka dan berkunjung ke RS Taichi.
Boleh ceritakan sedikit pengalaman anda sepanjang berada di sini?

Sungguh hebat. Saya tidak menyangka bandaraya Osaka adalah seperti Tokyo, mungkin lebih hebat berbanding Tokyo. Saya akan kembali ke sini sekali lagi memandangkan kunjungan saya ke RS Taichi dan Osaka agak singkat. Berkunjung ke kedai jenama ini memberi makna yang besar bagi saya yang merupakan sebahagian dari RS Taichi. Ini adalah pengalaman yang hebat untuk saya.

CROSS TALK02

Pandangan Hafizh mengenai produk TAICHI.

Sejak saya mula dengan RS Taichi sehingga sekarang banyak penambahbaikan ketara telah dibuat terhadap sut itu, terutamanya bahan dan juga rekabentuk pakaian kelihatan lebih baik. Sut itu bukan sahaja membuatkan diri saya lebih berdaya saing di Kejohanan Dunia, tetapi ia berada di tahap yang sama dengan jenama terkenal lain yang dipakai dalam kejohanan dunia. Saya kini memakai RS Taichi di MotoGP, tetapi saya rasa Alex, dan Kevin Schwantz terlebih dahulu memakainya beberapa tahun lalu. Saya berasa bangga menjadi salah seorang pelumba yang menyarung RS Taichi kerana hanya beberapa pelumba sahaja berpeluang memakainya. Kami memakai RS Taichi di Kejohanan Dunia dan mutu perlumbaan kami bertambah baik setiap tahun. Kami dan RS Taichi ibarat seperti sebuah keluarga. Semua orang bekerjasama untuk memperbaiki kualiti dan saling membantu antara satu sama lain. Bagi saya, RS Taichi adalah rakan kongsi yang terbaik. Ianya selamat dan selesa ketika dipakai. Walaupun memakai sut baru dalam perlumbaan, tetapi kami rasa seperti memakai baju biasa. Jadi, anda tidak perlu memaksa diri untuk melembutkan sut itu pun. Itulah sebabnya kami memilih RS Taichi dari tahun 2010 hingga sekarang.

CROSS TALK03

Mengkaji semula perlumbaan.

Saya sangat berterima kasih kepada para peminat atas sokongan berterusan tanpa mengira apa jua keputusan dan tindakan saya. Tahun ini adalah tahun yang sukar bagi saya.Saya belum lagi dapat memperbaiki rekod peribadi sejak menyertai MotoGP pada tahun lepas. Tetapi saya percaya pada diri saya sendiri. Saya mempunyai jiwa kental dalam dunia perlumbaan motosikal, jadi saya fikir apa jua masalah pasti ada penyelesaian, walaupun pada masa ini saya berdepan dengan situasi yang agak sukar. Saya akan bekerja keras untuk meningkatkan mutu tunggangan saya dan memastikan motivasi diri sentiasa tinggi. Saya akan cuba bertahan dengan sedaya upaya. Saya tidak tahu berapa lama masa yang diambil untuk mencatat keputusan yang baik, tetapi suatu hari nanti saya mahu mencapainya.Saya percaya bahawa peluang tersebut pasti akan tiba, hanya masa menjadi penentu. Sehingga itu, saya akan terus berusaha.

THANK YOU FOR READING

MotoGP Rider

Hafizh Syahrin Abdullah

  • Team – Red Bull KTM Tech 3 Racing
  • Bike – KTM RC16
  • Birthplace – Ampang
  • Date of birth – 05 / May / 1994
  • Weight – 66 kg
  • Height – 180 cm

Hafizh Syahrin Abdullah